Monday, January 4, 2010

Homemade Capati dan Kari Ayam Berserai




Anak-anak amat suka makan capati. So kat rumah ada banyak stok tepung capati. Bila mereka minta dibuatkan capati,.boleh dibuat terus dan kekadang tu mereka makan capati tu begitu saja. Kali ni dimakan bersama kari ayam berserai.

Untuk capati amat mudah.
Untuk 3 keping capati sederhana besar.

3 cwn   Tepung Capati
Sedikit  Air

Uli tepung dgn memasukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yg lembut. Boleh diperap/dibiarkan dulu doh tu selama 30 mins tapi saya buat terus.
Bahagikan kpd 3 bhg. Bulatkan dan salut dgn tepung capati yg kering.
Roll kan doh tu menjadi bulat dan nipis. Masak di atas kuali yg rata sambil ditekap dgn tea towel yg lembab.
Bila dah garing dikedua2 bahagian, makna ia sudah masak.


Kari Ayam Berserai

500 g   Ayam ( di goreng separuh masak)
5 sb     Rempah Kari

Bahan utk Dikisar
3 atau 4btg    Serai
Bawang merah dan bawang putih
Halia

Sedikit garam dan gula
3 cwn Air

Tumis bahan yg dikisar hingga wangi.
Masukkah rempah kari dan teruskan menumis.
Masukkan ayam. Gaul hingga sebati dan masukkan air. (Lebihkan air jika mahu berkuah)
Masukkan garam dan gula.
Tutup periuk, dgn api sederhana masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar.

No comments:

Post a Comment